Friday, December 9, 2011

Bateri AA


Azif  membuka  pintu  kereta  jenis  wak  segan  yang  baru  di  belinya  bulan  lepas,  semua  mata memandangnya. Mulalah  timbul  riak  bangga  diri  kerana  memiliki  sebuah  kereta  yang eksklusif  lagi  bergaya.
‘Woi, zif  kenapa  hidung  kau  kembang-kempis  je  dari  tadi?’  tegur  Budin  yang  turut  baru keluar  dari  keretanya..
Rambut  Budin  yang  ala-ala  Alleycats  tak  jadi  tu  terserlah  pada  pandangan  mata  Azif.
‘Wei Din, jumpa orang bagi salam da, assalamu’alaikum’ bidas Azif yang masih tidak kuncup-kuncup bangganya itu..
‘Opss  sorry nyah, yang  terlupa. Wa’alaikumussalam  warahmatullah  hiwabarakatuh’  balas  Budin  yang  sememangnya  mempunyai  otak  yang  agak  mereng dan suka bergurau.
‘Banyaklah  kau  nyah,  apa  kau  ingat  aku  nyah  kau?’  Balas  Azif.
‘Opss, marah  nyah?.  Jangan  marah  nanti  kena  jual’  lepas  berkata begitu,  Budin  terus melarikan  diri  kerana  takut  dibaling  dengan  briefcast  yang  berada  di tangan  Azif.  Terus dilupakan  soalan  yang  diajukan  masa  mula  perbualan  tadi.
‘Tau  takut’ Azif  berbisik.
Pintu  pejabat  yang  berada  di tingkat  tiga  itu  dibuka  dengan  bangganya  kerana  kesan  diperhatikan  oleh  orang  ramai  tadi  masih  tidak  lupus-lupus.
‘Assalamu’alaikum  dan  selamat  pagi  buat  warga  pekerja  Amira  Jelita  Sdn  Bhd!’  dengan laungan  yang  kuat  Azif  melaungkan  ucapan  pagi..
Secara  tiba-tiba  bahunya  di cuit  oleh  orang  yang  berada  dibelakangnya..
‘Alamak!, aku  laung  kuat  sangat  ke?,  matilah  aku  kalau  cik  Amira  perasan  jelita  tapi memang  jelita  tu  dengar. Dahlah  kuat  membebel  macam  mak  nenek.’  luah  hati  Azif.
Orang  di belakang  Azif  masih  mencuit  bahu  Azif  memintanya  berpusing.
‘Matilah  aku’  bisiknya.
Secara  perlahan-lahan  Azif  memusingkan  badannya.  Apabila  berada  bertentangan  dengan yang  mencuit  tadi  darahnya  terus  menyirap  naik  ke  otaknya  yang  ketika  tadi  berasa bangga  dan  riak  serta  takbur.
‘ehem, ehem, amboi kau ni zif semangat sangat kenapa??’ Budin rupanya yang mencuitnya sebentar tadi.
eh, dari mana munculnya Budin ni. Bukankah dia yang naik dulu tadi. hati Azif berkata-kata.
‘Woi, kau ni Budin buat terkejut aku sahaja. Ingatkan cik Amira tadi yang cuit aku’ tangan mengusap dada yang berdebar di lihatnya sahaja Budin yang gelak tak ingat dunia tu.
‘ehem, Din tengok kat belakang kau tu’ bisik aku perlahan pada Budin.
‘Ha, ha, ha, kau ni nak cuakkan aku pula.’
‘Tengok tu,’ tunjuk aku pada cik Amira yang sudah bercekak pinggan di depan pintu office.
matilah aku macam ni, gumam Budin.
‘Budin!!, apa yang awak gelakkan sangat tu?’ dengan lantangnya cik Amira mengeluarkan vokal bukan sekadar rupanya itu.
‘erk, cik Amira. tara papa’
‘apa tara papa, papa awak ke yang dah tak ada’
‘masyaallah cik Amira, tak baik cakap macam tu. Ayah saya masih hidup lagi’
‘ tulah, lain kali cakap elok-elok sikit. Jangan ubah-ubah ayat, lain nanti maksud yang hendak kita sampaikan. Ingat tu Budin’ cik Amira sudah memulakan ceramahnya.
dia dah mula dah, getus hati Budin dan Azif,
eh macam mana pula boleh sama getusan hati mereka berdua ni. Benar- benar aneh.
‘Azif, yang awak tercegak kat sini lagi kenapa?’ cik Amira hendak memulakan ceramahnya pada Azif pula
‘hi, hi, hi, dah nak pergilah ni cik Amira’
sebenarnya Azif terkedu dengan kecantikan cik Amira yang agak luar biasa dari hari sebelumnya ini.
amboi, zif jangan gatal nooo. Tingkah hati Azif.
*****
‘Pergh, cun gila cik Amira hari ni kan, Zif?’ Budin memulakan perbualan pada sesi makan tengahari ini.
‘Cun apa ke bendanya, yang aku nampak hanyalah sikap penceramahnya itu adalah’ nafi Azif.
‘Eleh, poyolah kau Zif’
‘Eh, cepat habiskan makanan tu. Lepas ni kita nak kena pergi jumpa customer pula’
‘Eh, sorry ya. Aku tak jadi pergi sebab aku nak jumpa customer yang lain, dia nak renovate villanya dan cik Amira dah tahu pasal ni’
‘Lah, ya ke?’
‘Yup, kau akan pergi dengan cik Amira sebab dia kata customer yang kau akan handle ni bukan calang-calang orang’
‘Adeh, dengan dia ke?’
‘Ye lah’
Patutlah melawa sangat, lain dari biasanya. Azif mencemikkan mukanya.
‘Ryan, kenalkan ini pekerja saya, Mohd Azif’ cik Amira perkenalkan Azif pada pelanggan yang berada di depannya pada petang itu.
‘Ryan Ezmir’ kejap tangan Azif bersatu dengan Ryan Ezmir.
mak aih, punyalah handsome mamat kat depan ni, tak terlawanlah aku macam ni kalau nak merebut cik Amira, bisik hati Azif.
eh, nak rebut cik Amira ke Azif oii, dah suka lah tu…
‘Macam ni, saya akan buka satu restoran makanan Jepun dan saya ingat nak beri projek ni pada cik Amira Jelita’ tutur Ryan sambil matanya tidak lepas memandang cik Amira.
‘Ya ke?, terima kasih Ryan sebab mempercayai kami di Amira Jelita Sdn Bhd’ senyum mekar terukir di bibir cik Amira
kalau dah macam ni sah-sah, Ryan ni gatal dengan cik Amira. getus hati Azif.
Setelah beberapa jam Azif dan cik Amira Jelita berbincang berkenaan projek yang akan di jalankannya, cik Amira Jelita meminta diri.
‘Okeylah, kalau macam tu Ryan, kami balik dulu ya. Fasal harga dan rekaan yang Ryan hendakkan, kita jumpa kemudian hari. Okey?’
‘Boleh sahaja cik Amira. Kalau tiap-tiap hari kita berjumpa pun saya sanggup’
Gedik mengalahkan perempuan pula si Ryan ni, bisik hati Azif.
‘Gatal ya awak ni, Ryan’ cik Amira Jelita tertawa.
‘Mana ada gatal, biasalah lelaki kan?’ kata Ryan.
Azif yang berada di sebelah Ryan sudah panas membara menanti dua orang di depannya berbual mesra.
‘Okeylah Ryan, kami gerak dahulu ya’ Azif mencelah perbualan yang di dominasi oleh mereka berdua sejak tadi.
‘Okey’ Ryan dan cik Amira juga turut bangun apabila melihat Azif berdiri.
Tangan sekali lagi bertaut.
*****
‘Azif, tunggulah saya. Kenapa cepat sangat awak berjalan ni?’ soal cik Amira.
‘Kenapa tak balik sahaja dengan Ryan tadi?’ soal Azif selepas memberhentikan langkahnya.
‘Eh, saya datang dengan awak tadi,  Kenapa pula saya kena balik dengan Ryan?. Cik Amira mula berasa pelik dengan cara percakapan Azif.
Astaghfirullahaladhzhim, Azif beristighfar dalam hati.
Kenapa aku nak marah dengan cik Amira ya?, tutur hati Azif.
‘Tidak ada apa-apalah cik Aimra, mari kita balik’ pintu kereta Volkswagen antiknya itu di buka untuk cik Amira.
Pada pertengahan jalan ke pejabatnya, kereta kesayangan Azif membuat masalah pula.
‘Eh, eh, Azif. Kenapa dengan kereta wak segan awak ni?’ soal cik Amira ketakutan.
‘Bukan wak seganlah cik Amira tapi volkswagen’ Azif membetulkan sebutan cik Amira.
‘What ever lah Zif tapi kereta awak ni dah macam hidup segan mati tak mahu sahaja’
‘What everlah cik Amira, duk diam-diam boleh tak. Saya sebenarnya sayang sangat dengan kereta ni tahu tak?’ stering kereta, Azif peluk.
‘Eh, fasal apa awak ni. Bercintan cintun dengan stering kereta tu’ ucap cik Amira selepas kereta itu sudah pun berada di tepi jalan.
‘Diamlah cik Amira, suka- suka kutuk kereta kesayangan saya ni’ emosi pula Azif..
‘Eh, marahkan saya pula?’
Tiba-tiba datang sebuah kereta dari arah belakang berhenti berhampiran dengannya.
Perasaan berdebar bertandang selepas pemandunya masih tidak keluar dari keretanya. Pintu kereta segera di tutup dari dalam, takut perkara buruk berlaku. Telefon telah sedia di tangan, nombor polis di taip dulu. Mana tahu orang jahat yang hendak menyerang mereka. Azif dan cik Amira baru sedar bahawa laluan ini telah sunyi dari kenderaan berikutan masa telah menunjukkan jam 6.30 petang, cuaca yang mendung menyebabkan kawasan sekitar dalam keadaan kelam.
Pintu di buka selepas melihat, Ryan Ezmir rupanya yang berada di luar kereta.
‘cik Amira, Kenapa ni?’ soal Ryan.
‘Eh, awak Ryan. Kereta Azif ni buat masalah, tu terkandas kat sini. Hari pun dah nak hujan ni’ jawab cik Amira, Azif yang berada di sebelah hanya berdiam diri.
‘Oh, kalau macam tu marilah ikut saya. Saya hantar kalian pulang, kereta ni kita panggil formen dating baiki, apa macam?’ cadang Ryan.
‘Sekejap ya Ryan, kami bincang dahulu’ pinta cik Amira.
‘Cik Amira, bahaya ikut lelaki tidak dikenali ni’ akhirnya Azif bersuara dan menolak cadangan Ryan tadi.
‘Apa pula tidak dikenali, Ryan tu dah terkenal satu Kuala Lumpur ni tahu?’
‘Walaupun terkenal, saya rasa lebih baik kita tunggu formen datang ambil kereta ni dan kita ikut sekali dengan mereka’ cadang Azif pula.
‘Tak naklah, nanti lewat pula, dahlah saya nak solat lagi’
‘Cik Amira, saya kata bahaya. Saya tak akan tinggalkan kereta saya selagi Formen tidak sampai’
‘Kalau macam tu, biar saya sahaja ikut Ryan, awak tunggu sini sampai formen tu sampai, macam mana?’ cadang cik Amira
‘Suka hati cik Amira, saya dah nasihat. Kalau berlaku apa-apa saya tak akan dapat menolong’
‘saya tak minta tolong pun, okey bye’ sahut cik Amira berlagak.
Cik Amira pergi mendapatkan Ryan yang berada di luar dan terus berlalu.
‘Tidak mengapa ke, tinggalkan staf awak berseorangan?’ soal Ryan.
‘Tak apalah, dia pun dah call formen,kejap lagi formen tu sampailah’
‘Oh, cik Amira nak kemana ya?’
‘Bawa saya pulang ke Kepong, boleh?’
‘Boleh sahaja’
Suasana sunyi sepi selepas perbualan itu tamat.
*****
’Eh, Ryan, ni bukan arah ke Kepong ni?’ soal cik Amira pelik.
‘Memanglah, kita singgah jap di rumah teman saya di Selayang boleh?’
‘Boleh’ hati cik Amira mula merasa tidak sedap, menyesal dia meninggalkan Azif keseorangan dan menyesal juga kerana tidak mengikut Azif sahaja.
Persekitaran yang di kelilingi hutan dan semak samun di kiri dan kanan menakutkan cik Amira. Jam sudah menunjukkan ke jarum tujuh.
‘Ryan, awak kata nak jumpa teman awak?’
‘Tak jadilah cik Amira, apa kata, kita berborak sesama kita sahaja?’ ujar Ryan yang sudah memberhentikan keretanya di lorong tepi.
‘Apa ni, Ryan?’ di tepisnya tangan Ryan yang mula merayap ke tubuhnya.
‘cik Amira, awak tahu tak yang awak ni cantik sangat. Awak dah buat saya tergoda masa bertemu tadi’ pujian Ryan membuat bulu roma cik Amira naik.
‘Ryan, please bawa saya pulang’ pinta cik Amira yang telah mencapai pembuka pintu tetapi malangnya Ryan lebih cepat bertindak menguncinya secara automatic.
Tudung yang di pakai oleh cik Amira di rentap oleh Ryan, terserlah rambutnya yang hitam berkilat.
‘Ryan, please don’t do that’ sedu sedan cik Amira.
Mulut Ryan yang berusaha mencumbuinya di tolak kasar.
Secara tiba-tiba tingkap kereta di ketuk oleh seseorang dari luar. Sebuah tumbukan kuat mengena muka Ryan sebaik tingkap kereta tersebut dibuka. Pintu kereta di buka untuk melihat siapa gerangan yang berani menumbuk muka Ryan sebentar tadi, kesempatan yang ada itu digunakan oleh cik Amira untuk keluar dari kereta tersebut.
Dilihatnya, Azif berdiri diluar kereta Ryan, berhampirannya ada sebuah teksi yang mungkin membawa Azif ke sini.
‘Oh, kau rupanya yang tumbuk aku tadi’
‘Dasar lelaki tak berpelajaran, hanya tahu mengikut nafsu sahaja!’ tempik Azif.
‘Apa kau kata?’
Berlaku pergelutan di antara Azif dan Ryan, apabila melihat Azif parah di pukul oleh Ryan, cik Amira cuba membantu dengan memukul kepala Ryan dengan kayu yang berada berhampiran.
Pemandu teksi yang baru menyedari akan pergelutan itu segera keluar.
‘Azif, bangun zif. Maafkan saya tak dengar cakap awak’ sedu cik Amira kuat selepas melihat Azif tak sedarkan diri. Ryan yang terbujur kaku tidak dihiraukan.
‘Pakcik, call polis dan ambulance boleh?’ cik Amira meminta pertolongan pemandu teksi tersebut.
Selang sepuluh minit kedengaran bunyi siren polis dan ambulance.
*****
cik Amira melawat Azif yang sudah pulang dari hospital dua hari lalu.
‘Ni, surat peletakan jawatan saya, berkenaan denda tu nanti saya akan beri pada Budin’ sampul surat berwarna coklat di beri pada cik Amira yang ketika itu di temani oleh sahabatnya, Zalika.
Kedatangan mereka itu di sambut dingin oleh Azif, masih terasa lagi bisanya tutur bicara cik Amira tempoh hari. Nasib baik kebetulan ada teksi melewati tempat tersebut, kerana gusarkan cik Amira di apa-apakan, dia sanggup meninggalkan keretanya di situ selepas berpesan pada formen di mana keretanya berada dan ternyata firasatnya benar!.
Tidak mengapalah, Ryan juga sedang di soal siasat dan kemungkinan di penjara itu tinggi.
‘Azif, kenapa sampai nak berhenti ni?. Kalau berkenaan tempoh hari, saya minta maaf’ Tanya cik Amira.
Tetapi soalan cik Amira itu bagai angina lalu bagi Azif.
‘Baiklah, kalau macam tu saya minta diri dahulu’ bergegas Zalika mengikut temannya itu.
‘Sabar ya Amira, nanti sejuklah hatinya’
‘Aku tahu, aku yang salah tapi aku dah minta maaf bukan?’ terasa air hangat mengalir keluar dari matanya.
‘Amira, kau dah jatuh cinta dengan Azif ya?’
‘Erk, mana ada, dia pekerja sahajalah’ segera di usap air hangat tadi.
‘Jangan nak menipulah, aku tak pernah tengok kau menangis even boyfriend kau curang’
‘Mungkin kot’ akhirnya cik Amira mengakui sedikit sebanyak hatinya telah di rampas oleh Azif.
‘Tapi aku tak boleh buat apa, tak akan nak jadi perigi mencari timba?’
‘Ya, juga kan?’
*****
Sudah lebih sebulan Azif berhenti kerja, kerja nya sekarang adalah menjaga lembu milik ayahnya sahaja.
‘Woi Zif, kau nak simpan ijazah kau sampai lunyai ke?’
‘Ish, mana ada. Lepas hari raya haji aku carilah kerja.’
‘Ha!, kat area kawasan kita tu ada kerja kosong untuk pereka macam kau, kau boleh minta’
‘Insyaallah kalau ada umur ya, tuan Budin’
‘Wei, kau tak rindu ke dengan cik Amira?’
‘Tak kuasa aku nak rindu dia nyah’ tutur Azif walaupun hatinya dah sakit menangung rindu yang sarat di dada.
‘Yelah tu’
*****
Sengaja di bawanya sepupunya, Sharifah menemaninya hadiri temu duga. Syukur dia di terima masuk, Azif hendak beritahu pada Budin dan mengajaknya makan tengahari sekali.
‘Wei, Budin. Aku di terima masuk kerja tu’
‘Ya Ke?, Alhamdulillah’
Cik Amira yang kebetulan baru masuk terlihat Azif. Budin menegur cik Amira  yang lalu di tepinya.
‘Selamat tengahari Budin, Azif. Nak pergi makan tengah hari kan?’ perlahan nama Azif di sebut, cik AMira memberi senyum pada wanita di tepi Azif.
‘Ya cik Amira’
‘Okey, have a good lunch’
*****
Meja makan di restoren D’Anjung yang sememangnya popular itu sudah di penuhi oleh orang ramai yang keluar makan, Zalika yang ketika itu mencari tempat duduk terlihat Azif yang berada tidak jauh.
Aduh, Zalika ni. Apa yang dia nak buat tu, desis hati cik Amira. Diekori kawannya itu.
‘Hai Azif’
‘Hai Zalika, makan ke?. Kenalkan Sharifah’ Zalika dan cik Amira bersalaman dengan Sharifah. Zalika sudah mengenali Budin jadi tidak perlu dkenalkan.
‘Yup, tapi meja semua penuh. Boleh kami tumpang meja?’
‘Boleh, silakanlah’
Sambil menjamu selera, mereka duduk bersembang. Sharifah dan Azif yang agak mesra itu membuatkan hati cik Amira berasa sebak. Rezeki yang berada di depannya tidak dapat dihabisi, di sebabkan tidak mampu menghadapinya lagi, cik Amira meminta izin untuk pergi.
Zalika yang sedang menghabiskan suapan terakhir tidak dapat mengejarnya. Dilihatnya Azif yang sudah selesai makan.
‘Azif, awak tahu tak?’ Zalika memancing perhatian Azif yang sedang berbual dengan Sharifah.
*****
Perasaan yang cuba di tahan sejak tadi di lepaskan di belakang bangunan pejabatnya. Sungguh, dia tidak dapat membendung sakit hatinya melihat satu pasangan itu bermesra. Dia tidak kuat!.
‘Amira, kenapa awak tak beritahu perasan awak itu’ suara Azif mengejutkan cik Amira yang sedang menangis itu.
‘Perasaan apa?’
‘Amira, jangan nafikan. Tahukah awak yang awak itu merupakan pengecas saya dan saya bateri aa awak?, saya akan lemah jika tidak melihat awak sehari dan saya akan cergas apabila melihat awak setiap saat’
Cik Amira menggeleng tidak percaya yang cintanya bukan bertepuk sebelah tangan.
‘Tahukah awak Zif, yang saya juga begitu?’
Azif menggelengkan kepalanya.
‘Amira, lain kali jangan ikut lelaki sembarangan okey?’ Azif teringat peristiwa tempoh hari.
‘Maafkan saya zif, Kenapa awak kejar saya itu dan ketika ini juga?’
‘Sebenarnya, Zalika sudah menceritakan semuanya pasal perasaan awak dan pada hari itu saya kejar kerana saya tahu akan ada perkara buruk yang berlaku pada sayang saya ini’
‘Tapi Sharifah tu?’ merah muka cik Amira kerana Azif tahu perasaan hatinya.
‘Dia sepupu saya, sekejap lagi saya akan hantar dia pulang ke universitinya, Pak Long saya meminta tolong pada saya’
‘Oh’
‘Kenapa?, awak ingat saya punya girlfriend ya?’
‘Mana ada’
‘Adalah tu’
‘Mana ada, awak ni zif’ muka cik Amira sudah merah.
‘Amira, saya sayang awak. Jadi jangan lari jauh dari saya’
‘Azif, saya pun sama. Terima kasih sebab terima saya’.

Sunday, December 4, 2011

Syg Mak x??Klau Syg Baca..



Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .

Jika kamu menyayangi ibumu , cOpy & paste kanlah Status ini kepada sahabat sahabat anda di FacebOOk anda . Saya sayang MAK saya !!

Tuesday, November 15, 2011

Nak dapatkan ex kOwg balik ? cube try cara nie.. hee ~



1. BERHENTI ‘MENGEJAR’ SI DIA. 
Jika anda benar-benar inginkan dia kembali, inilah cara yang terbaik. Jika anda fikirkan dengan cara menelefon si dia setiap hari memujuk rayu untuk kembali bersama dengan, meninggalkan sms atau e-mail yang penuh dengan pengharapan supaya dia kembali bersama anda akan membuatkan dia kembali, anda silap! Malahan ini akan membuatkan dia semakin benci dengan anda.

2. BERHENTI MENJADI STALKER
Berhentilah daripada terus mengintip si dia… Cuba anda bayangkan, jika anda berada pada situasi dia, apa yang akan anda fikir tentang ex anda yang sering mengintip anda? Sudah tentu anda akan rasa rimas dan fikir dia seorang yang gila dan berbahaya!

3. ELAKKAN KEMURUNGAN
Jika anda rasa dengan cara menyeksa diri sendiri seolah-olah tiada lagi makna untuk hidup, tidak mahu bersosial, duduk terperap saja dirumah dan sering menangis mampu membuatkan si dia berasa simpati dan serba salah, anda silap. Dia juga mempunyai hidup dia sendiri dan jika dia ingin kembali dengan anda semata-mata untuk menjaga hati anda, adakah itu dinamakan cinta? Gunakan cara yang lebih baik untuk kembali bersama.

4. PERBAIKI DIRI ANDA
Cuba fikirkan kembali kenapa hubungan anda terputus. Mungkin kerana perangai anda sendiri yang tidak menghargai dia dengan baik. Jadi, belajarlah untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Belajar menjadi seseorang yang mampu menghargai diri seseorang. Berhenti menyalahkan diri dia kerana anda kena faham, anda tidak boleh mengubah seseorang anda tetapi anda boleh mengubah diri anda dan apabila anda berubah, seseorang itu juga akan berubah.

5. KEKAL BERINTERAKSI
Berpisah bukan bermakna tidak boleh bertegur sapa. Anggaplah dia sebagai kawan walaupun hakikatnya anda rindukan saat-saat bersama. Gunakan sms, facebook dan sebagai platform untuk kekal berhubung. Elakkan berbual tentang hubungan yang lepas. Siapa tahu, si dia akan teringat kembali saat manis bersama dan akan kembali terima anda.

6. BUAT PERUBAHAN
Jika sebelum ini anda tidak mementingkan penampilan, mulalah jaga penampilan anda. Tunjukkan kepada si dia yang anda mampu menjadi lebih baik selepas anda berpisah. Mungkin ada orang lain yang akan jatuh hati terhadap penampilan anda.

7. BIARKAN DIA YANG MENGEJAR ANDA
Jika anda yang meminta perpisahan, andalah yang perlu memberitahu kepada dia bahawa anda inginkan kembali perhubungan anda. Tetapi jika si dia yang meninggalkan anda, biarkan dia yang meminta untuk kembali bersama. Dengan cara itu, dia akan lebih menghargai anda setelah kembali bersama.

Monday, August 29, 2011

selamatt hari rayaa semuaa ..salah n silap harap dimaapkan ... maap zahirr n batin.. :-)